Cara Mudah Tanam Pokok Bayam, Hasil Besar dan Lumayan
Cara Mudah Tanam Pokok Bayam, Hasilnya Besar, Cantik dan Lumayan
Untuk menyambut ketibaan bulan Ramadan Mubarak, graduan GRACE 2.0 telah mula menanam pokok bayam merah sebanyak 1 dulang semaian ke tapak fertigasi meja. Pelanggan tetap GM Peladang dijangka boleh mendapatkan bayam ini pada awal Ramadan!
Pada awal penanaman, tapak meja tersebut hanya dipenuhi dengan warna hijau sahaja. Lama - kelamaan, meja tersebut menjadi cantik dengan lautan merah hijau si bayam. Cara penjagaannya juga sangat mudah serta sayur ini telah mendapat permintaan yang tinggi. Sayur bayam ini boleh dituai selepas 30 hari biji benih disemai.
(1) Sedia media tanaman (cocopeat/sabut) ke tapak fertigasi meja.
(3) Buat lubang dengan jarak antara pokok ialah 5 inci x 5 inci.
(4) Pindah anak pokok bayam yang telah mempunyai 3 helai daun ke dalam lubang. Pastikan 1 lubang, 1 anak pokok bayam.
Selesai.
Bagaimana pula dengan pembajaan?
Untuk minggu pertama selepas anak pokok dipindahkan, guna baja AB dengan bacaan 1.2 EC. Minggu seterusnya sehingga tuai kekalkan bacaan baja AB sebanyak 1.5 EC. Mudah, bukan?
Ouh ya, cara tanam pokok bayam secara fertigasi meja ini juga boleh diguna pakai untuk penanaman sayur dalam pasu, polibeg dan sebagainya.
Selamat mencuba dan semoga berjaya!
Follow laman sosial GM Peladang:
Ps: Kami bakal kongsikan ilmu dan tips yang menarik di laman sosial kami!
(1) Facebook: GM Peladang
https://www.facebook.com/gmpeladang
(2) Instagram: gmpeladangsdnbhd
https://instagram.com/gmpeladangsdnbhd?igshid=YmMyMTA2M2Y=
(3) YouTube: GMP Channel
https://youtube.com/@gmpchannel7144
(4) TikTok: Sekolah_TaniGMP
www.tiktok.com/@sekolahtani_gmp
Ulasan
Catat Ulasan