Penanaman Pak Choy di Meja Fertigasi

 Salam dan Hi!

Hari ini ingin berkongsi secara ringkas tentang tanaman Pak Choy yang terdapat di GM Peladang dengan  menggunakan kaedah fertigasi. Jom! 


Pak Choy

    Di GM Peladang terdapat pelbagai jenis sayuran yang ditanam dan antaranya ialah Pak Choy. Pak Choy mempunyai batang berwarna putih dan berdaun hijau. Antara khasiat Pok Choy ialah mempunyai kandungan serat yang tinggi, vitamin A, vitamin K, vitamin C, vitamin B6, folate, potassium dan manganese. Selain itu, sayur ini sering dijadikan lauk masakan utama di Malaysia terutamanya di kalangan rakyat Cina.

 

Pak Choy berusia 35 hari sesuai untuk dituai


    Secara umumnya, penanaman dan penjagaan Pak Choy mudah dan ringkas kerana ianya mempunyai jangka hayat pendek berbanding tumbuhan yang lain. Di GM Peladang, Pak Choy ditanam di atas meja fertigasi dan menggunakan sistem pengairan secara automatik. 


315 pokok Pak Choy ditanam atas meja fertigasi

Pembajaan dan Penyiraman

    Pembajaan ialah dengan menggunakan baja AB. Air di dalam tangki telah dibancuh bersama campuran baja AB. Penyiraman pula bergantung pada cuaca. Jikalau cuaca panas kami di GM Peladang memberi 3 hingga 4 kali penyiraman. Namun, pada peringkat awal tanaman, setiap 2 jam air disalirkan pada anak pokok Pak Choy.



Pengairan menggunakan ‘dripper mini tiubin'


 Kawalan Serangga

    Kawalan serangga menggunakan kaedah organik ialah semburan cuka kayu yang disembur pada setiap pagi. Cuka kayu bertindak sebagai kaedah untuk mencegah serangan namun ia tidak menghalau sepenuhnya serangan penyakit dan serangga.

Cuka kayu yang digunakan di GM Peladang

    Jikalau menggunakan kaedah organik ada beberapa risiko yang akan dilalui antaranya ialah tanaman mudah diserang penyakit dan serangga. Selain itu, beberapa langkah manual yang harus dilakukan seperti menyelak setiap helai daun untuk membuang serangga dan ulat. 


Ulat ratus di sebalik daun Pak Choy



Kesan-kesan ulat pelombong pada daun Pak Choy. Pak Choy berusia 2 minggu.




Itu sahaja untuk kali ini.  Kisah seterusnya akan bercerita tentang pembajaan dan kadar EC. Sekian, Terima Kasih. Bye!😄



Ulasan

Catatan Popular