Nutrient Film Technique System


Nutrient Film Technique System

        Dalam industri pertanian, sistem NFT adalah salah satu teknologi yang membantu para pengusaha tanaman sayuran meningkatkan hasil pengeluaran yang mempunyai kualiti yang terjamin. Konsep asas sistem NFT adalah dimana pengaliran air dan baja nutrient dibekalkan secara berterusan dibantu oleh penggunaan pam dalam keadaan nipis bagi diserap secara oleh akar tanaman.

          Penggunaan sistem NFT ini kebiasaanya untuk pengeluaran hasil tanaman berdaun yang bernilai tinggi antaranya lettuce seperti Green Coral, Red Coral, Butterhead, Romaine, Boston, Iceberg, dan tomato serta sayuran berdaun yang lain. 

               Melalui sistem NFT ini, pengusaha tanaman dapat mengeluarkan hasil tanaman organik dan bebas daripada penggunaan racun kimia terhadap tanaman kerana kawasan tanaman dilakukan secara tertutup (Green house).

Jika dipandang dari sisi pelaburan kos awal bagi penyediaan tapak tanaman ia merupakan salah satu kos yang besar. Namun penggunaan sistem ini membantu pengusaha mendapatkan pulangan pendapatan yang tinggi dan cepat.

Antara kelebihan penggunaan sistem NFT, pengjagaan tanaman dapat dilakukan dengan mudah dan bersistematik. Kadar pemberian baja juga dapat dikawal oleh pengusaha mengikut keperluan tumbesaran dan umur tanaman (jadual tumbesaran tanaman). Menerusi sistem ini, jangkamasa tumbesaran tanaman lebih pendek berbanding tanaman secara konvensional. Kos tenaga kerja juga dapat dikurangkan oleh pengusaha tanaman.

Stuktur sistem NFT boleh dibina dalam pelbagai bentuk mengikut keluasan kawasan tanaman. Peralatan asas dalam pembinaan stuktur adalah palung, tangki air baja, pam air. Palung stuktur yang dibuat menggunakan plastik bagi membantu mengalirkan air dan larutan baja. Pembinaan stuktur lebih sendeng bagi memastikan pengairan air di kawasan tinggi ke kawasan yang rendah. Manakala media tanaman yang sering digunakan adalah media cocopat dan juga perlite. kedua dua media ini membantu menyerap dan memegang air bagi tumbesaran tanaman.


                 
                 Penanaman secara sistem NFT ini bukan sahaja dilakukan secara bentuk komersial, namun ia juga boleh dijadikan sebagai sistem pembelajaran pelajar samada di peringkat rendah mahupun tinggi, kerana sistem ini bersifat user Friendly.


untuk perkongsian lanjut mengenai tanaman layari kami di https://www.gmpeladang.com/
pelbagai perkongsian menarik yang akan kami kongsikan bersama anda.

















Ulasan

Catatan Popular