9 langkah mudah untuk menyemai biji benih

Sebelum memulakan aktiviti bercucuk tanam, anda pasti ingin menghasilkan sayur yang sihat dan segar, bukan? Tahukah anda bahawa biji benih sayur yang berkualiti juga turut memainkan peranan penting selain penyelenggaraan berkala untuk menghasilkan sayur yang berkualiti tinggi!

Sebagai contoh, kami di GM Peladang menggunakan brand GWG (Hybrid Caixin) untuk sawi panjang manakala Crop Power untuk Salad Green Coral untuk semaian anak benih.




Ini adalah biji benih sawi dan salad yang digunakan untuk semaian.


Ada yang tanam secara terus ke lubang penanaman dan ada juga di dulang semaian. Di GM Peladang, kami memilih untuk menyemai biji benih dalam dulang semaian terlebih dahulu.




Menyemai biji benih salad.



Terdapat sembilan langkah yang mudah untuk menyemai biji benih sawi :

  1. Sediakan dulang semaian (tray).
  2. Masukkan peat moss sebagai media ke dalam dulang semaian.
  3. Semai biji benih sawi. 
  4. Letakkan sedikit peatmoss sebagai lapisan paling atas.
  5. Catat jenis biji benih dan tarikh ia disemai. 
  6. Letak kertas tanda atau tagging.
  7. Guna sungkupan seperti plastik silver shine. Tujuan: Untuk membantu percambahan biji benih.

  8. Buang sungkupan apabila mendapati biji benih telah bercambah.

  9. Pindahkan anak pokok sawi (transplant) ke dalam pasu atau polibeg mengikut kadar percambahan jenis tanaman.





Contoh kertas tanda (tagging) yang dibuat oleh pelajar praktikal.





Membuat sungkupan (silver shine) selepas menyemai anak benih.


Sebagai contoh, anak pokok sawi akan dipindahkan ke atas batas apabila sudah berusia 10 hari selepas semai ataupun telah menghasilkan 3 helai daun. Anda juga boleh mengikuti tatacara penanaman di belakang bungkusan biji benih.

Akhirul kalam, dapatkan biji benih yang berkualiti tinggi.

Selamat mencuba.

 



Ulasan

Catatan Popular