2 kawalan bebas kimia untuk sayur hidroponik!
Penjagaan sayuran secara hidroponik.
Pengurusan sayuran menggunakan sistem hidroponik secara berkala tersangatlah penting bertujuan untuk menjamin kualiti sayuran dan mengurangkan kadar serangan serangga perosak sekali gus mengurangkan kos penjagaan sayuran.
Menyentuh hal kos penjagaan sayuran, ia dapat dikurangkan apabila mengaplikasikan teknik penjagaan yang betul termasuklah mengamalkan kawalan bebas kimia seperti kawalan organik serta kawalan kultura bermula di awal penanaman sayuran.
Sawi pak choy dan salad keriting bebas racun kimia.
Sayuran segar nan menghijau.
Untuk pengetahuan semua, kawalan organik merupakan kawalan bebas kimia yang mana semasa di musim penanaman, kita tidak menggunakan sebarang racun serangga. Kita perlu memahami konsep penggunaan kawalan organik hanyalah untuk menghalang dan mengurangkan populasi serangga perosak hanya untuk tempoh masa yang tertentu sahaja. Melakukan semburan kawalan organik juga merupakan aktiviti yang berterusan seiring usia pokok untuk mendapatkan kualiti yang terbaik. Oleh itu, penjagaan awal sayuran hidroponik amatlah penting kerana ia memainkan peranan besar dalam menjayakan penanaman sayuran hidroponik secara bebas racun kimia.
Selain itu, kawalan kultura pula dapat dilaksanakan dengan membuang pokok yang berpenyakit dan diserang serangga, menanam sayuran menggunakan jarak yang disyorkan serta menggunakan biji benih yang bebas penyakit dan berkualiti tinggi.
Terdapat kesan daun yang dimakan serta tahi ulat ratus pada pak choy.
Di GM Peladang, kami menggunakan foliar seperti Calcium 2020 dan kawalan organik seperti Cuka Kayu Bakau, Xtra Clouter (Sri Organik) atau molasses yang dihasilkan sendiri oleh pelajar praktikal kami.
Gambar di atas menunjukkan Calcium 2020, Cuka Kayu Bakau & Xtra Clouter (Sri Organik).
Di samping itu, antara kelebihan memakan sayur bebas racun ialah ia dapat memberi kebaikan kepada tubuh badan kita kerana kandungan nutrisi lebih banyak dan kurang memberi mudarat kepada tubuh badan kelak di samping sayur lebih segar dan sedap.
Akhir kalam, kami menyeru kepada semua pembaca untuk menanam sayur secara sihat. Penanaman sayuran secara bebas kimia amatlah mudah dan tidak merumitkan jika kita mengetahui cara-cara untuk menguruskan sayuran dengan tepat.
p/s: Jika tuan/puan berminat untuk menyertai Kursus Asas Hidroponik Sayuran Derdaun yang bakal dijalankan pada tahun hadapan (2023), anda boleh mengikuti perkembangan kami di Facebook dan juga Instagram kami. Kami akan update dari masa ke semasa!
👇🏻 Berikut merupakan laman sosial GM Peladang:
https://www.facebook.com/gmpeladang
(2) Instagram: gmpeladangsdnbhd
https://instagram.com/gmpeladangsdnbhd?igshid=YmMyMTA2M2Y=
(3) YouTube: GMP Channel
https://youtube.com/@gmpchannel7144
(4) TikTok: Sekolah_TaniGMP
www.tiktok.com/@sekolah_tanigmp
Pss: Kami bakal kongsikan ilmu dan tips yang menarik di laman sosial kami!
Ulasan
Catat Ulasan