5 kelebihan sistem fertigasi untuk tanaman cili dan melon!
Apakah kelebihan menggunakan teknik fertigasi berbanding kaedah konvensional untuk penanaman cili dan melon?
Walaupun modal yang digunakan untuk memulakan sistem fertigasi yang lengkap agak mahal berbanding sistem konvensional, namun terdapat beberapa kelebihan jika anda mempunyai kelengkapan asas dalam sistem fertigasi, antaranya:
(1) Jika anda mempunyai Rumah Pelindung Hujan (RPH), tanaman anda akan terlindung daripada terkena terik matahari dan hujan secara terus.
Ladang yang mempunyai Rumah Pelindung Hujan (RPH)
(2) Menggunakan sabut selain tanah yang sedia ada mampu mengurangkan jangkitan penyakit akar bawaan tanah.
Sabut yang dibasuh
(3) Mampu mengawal serangan serangga perosak dan penyakit tanaman.
Ladang melon fertigasi yang diusahakan di bawah RPH
(4) Menggunakan kaedah titisan yang mampu menjimatkan jumlah penggunaan baja dan air.
(5) Mampu mengurangkan kos buruh.
Dengan menggunakan teknologi fertigasi ini, para usahawan boleh menjana pendapatan yang lebih tinggi berbanding kaedah penanaman biasa (konvensional) pada keluasan dan masa yang sama kerana berlaku penyaluran air dan baja secara serentak serta dapat mengurangkan kadar jangkitan serangga dan penyakit.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kelebihan penggunaan sistem fertigasi dan pengiraan kos serta modal bagi permulaan sistem ini, boleh hubungi kami dengan segara kerana pihak kami menyediakan platform yang terbaik untuk anda.
...
Untuk makluman, terdapat kursus fertigasi tanaman yang bakal dijalankan dalam masa terdekat. Jika berminat anda boleh menekan link di bawah
(1) Fertigasi Timun Batang Online (18/12/2022) https://wa.link/bnwjf3
Ulasan
Catat Ulasan