Kursus Fertigasi Timun Batang (online) kini kembali ! #2022
Penanaman Timun Batang secara Fertigasi
Timun batang merupakan salah satu tanaman yang mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan. Menanam timun batang sebenarnya tidak susah jika anda ada pengalaman dan pengetahuan dalam pengurusan pokok. Selain itu, timun batang adalah tanaman yang paling mudah dijaga dan jangka hayat tanaman tersebut juga pendek iaitu sekitar 3 bulan. Seterusnya, kutipan hasil juga cepat dimana tanaman tersebut akan mula berbunga di usia 17 hari selepas tanam. Malahan, dengan penggunaan teknologi tanaman secara fertigasi turut membantu pengusaha meningkatkan pengeluaran tanaman secara komersial. Banyak kelebihan yang boleh anda dapati apabila menggunakan sistem fertigasi antaranya kaedah penanaman yang betul mampu meningkatkan hasil pengeluaran selain mengurangkan kos penggunaan racun kimia.
Penanaman timun juga boleh diusahakan secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran. Sebagai contoh, suri rumah boleh bercucuk tanam di tepi rumah sahaja hanya dengan menggunakan mini sistem fertigasi. Seterusnya, sistem fertigasi sangat mudah untuk dibangunkan serta penggunaan jam digital mampu memudahkan urusan penanaman.
Akan tetapi, pengusaha pasti akan berhadapan dengan pelbagai risiko dalam pengeluaran hasil tanaman timun batang secara fertigasi ini. Antara risiko yang utama adalah tanaman timun batang akan terdedah dengan serangan serangga perosak dan penyakit tanaman lebih-lebih lagi pada musim hujan.
Walaubagaimanapun, anda tidak perlu bimbang, kami ada jalan penyelesaian. Melalui kursus Fertigasi Timun Batang (online) yang bakal diadakan pada 25 Disember 2022 ini, anda akan didedahkan kepada 3 modul utama:
Walaubagaimanapun, anda tidak perlu bimbang, kami ada jalan penyelesaian. Melalui kursus Fertigasi Timun Batang (online) yang bakal diadakan pada 25 Disember 2022 ini, anda akan didedahkan kepada 3 modul utama:
(1) Teknologi fertigasi tanaman timun batang
(2) SOP kawalan penyakit dan perosak
(3) SOP kawalan 'deficiency nutrients'
Dalam kelas ini, kami akan tunjukkan pada anda bagaimana untuk mulakan projek fertigasi timun batang bermula dari Penyediaan Tapak Ladang sehingga kepada Tuaian Hasil, termasuklah Pengurusan Pokok dan Kawalan Makhluk Perosak Timun. Dengan yuran RM 150 juga, anda akan memperolehi nota kursus, e-sijil penyertaan dan juga video rakaman kursus. š¤©
Kursus Fertigasi Timun Batang (online) bakal diadakan pada 25 Disember 2022 ini!
Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut perihal tanaman fertigasi timun batang (online), jom ikuti kelas ini bersama kami. Daftar segera sekiranya berminat. Tekan link WhatsApp di bawah: https://wa.link/bnwjf3
Ulasan
Catat Ulasan