Pembajaan Pak Choy di Meja Fertigasi
Assalamualaikum dan Hai!
Hari ini kita akan mendalami lebih berkenaan pembajaan untuk tanaman di meja fertigasi.
Apa itu baja AB?
Baja ini disebut sebagai baja AB kerana ia merupakan baja yang sama tetapi tidak boleh disipan dalam bekas yang sama. Baja AB mesti bergabung untuk ianya berfungsi dan digelar baja sepasang.
Baja AB adalah keperluan utama tanaman melalui kaedah hidroponik atau fertigasi. Terdapat 11 elemen dalam kandungan baja AB iaitu Nitrogen, Fosforus, Kalium, Magnesium, Sulfur, Kalsium, Boron, Mangan, Zink, Molibdenum dan Ferum. Setiap elemen ini memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan sesebuah sayur.
Cara bancuhan baja AB?
Baja set A dan set B tersebut mesti dilarutkan dalam air dahulu. Gambarannya
seperti ini;
Nisbah 1:1
1. 10kg baja Set A:10L Air
2.
10kg
baja Set B:10L Air
10kg baja Set A mesti dilarutkan dalam 10L air dan 10kg baja Set B mesti dilarutkan dalam 10L air dalam dua bekas yang berbeza. Kemudian, kedua-dua larutan baja tersebut akan dilarutkan bersama air dalam tangki mengikut kepekatan yang diinginkan lalu menjadi larutan baja AB.
Electro Conductivity (EC)
EC adalah singkatan untuk ‘electrical conductivity’ yang bermaksud keupayaan sesuatu bahan untuk mengalirkan arus elektrik. Kadar EC
mesti disukat pada setiap larutan air baja sebelum disalurkan kepada tanaman. Semakin
pekat larutan nutrisi maka semakin tinggi nilai EC dan sebaliknya. Setiap
tanaman memerlukan kadar EC yang berbeza. Selain itu, semakin besar tumbuhan
itu maka semakin tinggi kadar EC yang diperlukan.
Follow laman sosial GM Peladang:
Ps: Kami bakal kongsikan ilmu dan tips yang menarik di laman sosial kami!
(1) Facebook: GM Peladang
https://www.facebook.com/gmpeladang
(2) Instagram: gmpeladangsdnbhd
https://instagram.com/gmpeladangsdnbhd?igshid=YmMyMTA2M2Y=
(3) YouTube: GMP Channel
https://youtube.com/@gmpchannel7144
(4) TikTok: Sekolah_TaniGMP
www.tiktok.com/@sekolahtani_gmp
Ulasan
Catat Ulasan