TANAM GUNA HIDROPONIK MUDAH DAN SELAMAT !
Ramai yang tak tahu tanam sayur guna kaedah hidroponik ini mudah sahaja. Selain daripada barang pembinaan dan pemasangan, anda hanya memerlukan media, air baja dan cahaya sahaja.
Terdapat beberapa jenis sistem hidroponik iaitu hidroponik takung, nutrient film technique (NFT), deep flow technique, aeroponik, dan fertigasi. Di GM Peladang, kami menggunakan dua jenis sistem hidroponik iaitu NFT dan juga fertigasi.
Sistem Nutrient Film Technique (NFT) di GM Peladang.
Tangki air baja AB untuk sistem pengaliran NFT.
Media tanaman hidroponik GM Peladang gunakan (Cocopeat/Sabut Kelapa).
Bagi teknik hidroponik secara umumnya, tanaman sayuran berdaun dan berbuah boleh digunakan. GM Peladang lebih mengutamakan sayuran berdaun bagi sistem tanaman hidroponik. Kami pernah menanam pak choi dan salad menggunakan sistem NFT.
Contoh sayuran berdaun (salad) GM Peladang sedang tanam.
Kali ini, kami nak share berkenaan sistem hidroponik nutrient film technique (NFT). NFT merupakan teknik hidroponik menggunakan aliran air nipis yang melalui akar di dalam paip. Melalui teknik ini, air yang terkandung baja dari tangki akan disalurkan ke paip hidroponik secara berterusan.
Media Tanaman Hidroponik
Di GM Peladang, kami menggunakan media tanaman cocopeat sahaja kerana ia mudah didapati dan murah. Cocopeat juga merupakan media tanaman yang baik kerana berupaya memegang air dengan banyak tapi memerlukan beberapa proses sanitasi sebelum semaian boleh dilakukan.
Sayuran Sesuai Untuk Hidroponik
- Sistem hidroponik
- Alatan dan bahan yang digunakan untuk menanam sayur secara hidroponik
- Jenis sayuran berdaun yang sesuai ditanam
- Teknik penananaman dan penyelenggaraan sayuran berdaun.
- Teknik meracun
- Menanam sayur sendiri di rumah dengan mudah
- Menghasilkan sayur yang segar
- Menjimatkan perbelanjaan dapur
- Menjana pendapatan dengan penjualan sayur hidroponik
Follow laman sosial GM Peladang:
Ps: Kami bakal kongsikan ilmu dan tips yang menarik di laman sosial kami!
(1) Facebook: GM Peladang
https://www.facebook.com/gmpeladang
(2) Instagram: gmpeladangsdnbhd
https://instagram.com/gmpeladangsdnbhd?igshid=YmMyMTA2M2Y=
(3) YouTube: GMP Channel
https://youtube.com/@gmpchannel7144
(4) TikTok: Sekolah_TaniGMP
www.tiktok.com/@sekolahtani_gmp
Ulasan
Catat Ulasan