Tanaman Kunyit Tanaman BERPOTENSI TINGGI!!!!!

 


        Nak tanam kunyit ini mudah sahaja sebenarnya. Malah, kunyit juga mempunyai harga pasaran yang boleh tahan tinggi! Jom baca posting kami kali ini mengenai kunyit.

Cara Menanam Kunyit

        Kunyit adalah antara tumbuhan yang mudah ditanam dan tumbuh. Pertama sekali, anda hanya perlukan kunyit sahaja.Pastikan kunyit sudah ada mata tunas. Kunyit boleh ditanam di atas tanah, dalam polybeg/pasu ataupun dalam tong drum. Media tanaman yang sesuai untuk kunyit, boleh gunakan tanah campur atau tanah yang kaya dengan bahan organik. Kebiasaannya, tunas berdaun akan keluar dalam 2 hingga 3 minggu selepas ditanam.

Contoh tanaman kunyit dalam tong drum

SOP Penjagaan Kunyit

        Untuk penjagaan kunyit, amat simple dan mudah. Pastikan pokok kunyit mendapat cahaya mathari sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Untuk peringkat awal tumbesaran kunyit, lakukan siraman pada pagi dan petang. Dari segi pembajaan pula, boleh gunakan baja NPK atau baja organik yang sesuai. Berikan baja sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. 

        Untuk aktiviti meracun, pokok kunyit adalah pokok yang jarang terkena serangan serangga perosak. Tetapi, untuk langkah penjagaan anda boleh gunakan racun organik terlebih dahulu seperti campuran bawang putih dan cili.

Tanaman kunyit di GM Peladang menggunakan teknologi fertigasi

Hasil Tuaian Kunyit

        Kebiasaannya, kunyit boleh boleh dituai dalam jangka masa 3 hingga 4 bulan. Untuk hasil yang lebih lumayan, disarankan tuai kunyit dalam 8 bulan selepas tanam. Nak tuai kunyit mudah sahaja! Cabut seluruh pokok kunyit dan anda akan nampak hasilnya. Best kan?

Hasil tuaian kunyit selepas melebihi 8 bulan penanaman. Banyak kan?

Kualiti Kunyit di Pasaran

        Di samping hasil tuaian kunyit untuk diri sendiri, anda juga boleh menjana pendapatan lumayan tau! Permintaan kunyit di pasaran juga tinggi terutama pada musim perayaan. Kebiasaannya ramai mencari daun kunyit untuk dibuat rendang ketika raya. Daun kunyit sahaja boleh mencapai RM5.00 untuk 3 helai. Kunyit pula boleh dijual dalam bentuk serbuk. Sebuk kunyit boleh mencapai harga RM25.00 untuk 250g jika permintaan tinggi. Berbaloi kan tanam kunyit ni?

Proses kunyit untuk dijadikan debu
Debu kunyit sedia untuk dijual ;)

Setakat ini sahaja perkongsian kami kali ini :)

Sekian Terima Kasih!

Follow laman sosial GM Peladang:

Ps: Kami bakal kongsikan ilmu dan tips yang menarik di laman sosial kami!

(1) Facebook: GM Peladang

https://www.facebook.com/gmpeladang

(2) Instagram: gmpeladangsdnbhd

https://instagram.com/gmpeladangsdnbhd?igshid=YmMyMTA2M2Y=

(3) YouTube: GMP Channel

https://youtube.com/@gmpchannel7144

(4) TikTok: Sekolah_TaniGMP

www.tiktok.com/@sekolahtani_gmp


Ulasan

Catatan Popular