Betik Fertigasi
Hi wasap gais!
Tiba-tiba berangan jadi khairul aming pulak 😆
Apa khabar, sihat tidak?
Hari ini nak cerita tentang topik 'rare' sikit. BETIK FERTIGASI. Pernah dengar tak? Mesti tak kan....Penulis sendiri terkejut mendengarnya. Hahaha. Tapi di GM Peladang tiada yang aneh.
Baik, apa itu Betik Fertigasi?
Betik Fertigasi adalah sistem penanaman betik yang diinovasikan oleh GM Peladang. Kajian ini masih lagi dalam proses awal jadi ulasan sepenuhnya belum mampu dihasilkan. Namun, betik kini telah menghampiri usia 7 bulan dan mula menghasilkan buah. Kaedahnya sama seperti tanaman lain dengan fertigasi. Agak aneh betik ditanam secara fertigasi kerana penulis sudah terbiasa betik ditanam secara konvensional iaitu di atas tanah. Malahan, orang-orang tua dahulu sering sahaja membuang biji-biji betik tu di halaman belakang rumah mereka. 1-2 tahun tumbuh lah betik di belakang rumah. 3-4 tahun keluarlah buahnya.
Namun di GM Peladang, pokok betik 7 bulan dah mula menghasilkan buah. Laju betul!
OK. Secara ringkasnya, begini cara penjagaannya setakat hari ini.
Pengairan dan pembajaan adalah 6 kali sehari. 3 kali air baja, 3 kali air kosong. 5 minit untuk setiap pusingan air/baja disalirkan pada pokok.
Baja NPK juga diberi iaitu sekali minggu sekali.
Merumpai/weeding aktiviti yang perlu dilakukan iaitu 2 kali seminggu.
Meracun bergantung pada serangan yang berlaku pada pokok.
Follow laman sosial GM Peladang:
Ps: Kami bakal kongsikan ilmu dan tips yang menarik di laman sosial kami!
(1) Facebook: GM Peladang
https://www.facebook.com/gmpeladang
(2) Instagram: gmpeladangsdnbhd
https://instagram.com/gmpeladangsdnbhd?igshid=YmMyMTA2M2Y=
(3) YouTube: GMP Channel
https://youtube.com/@gmpchannel7144
(4) TikTok: Sekolah_TaniGMP
www.tiktok.com/@sekolahtani_gmp
Ulasan
Catat Ulasan