Penyediaan Tanaman Hidroponik Menggunakan Media Cocopeat SAHAJA!

Adakah anda tahu pemilihan media juga adalah penting dan bergantung pada jenis tanaman yang kita tanam.


Tanaman sistem hidroponik di GM Peladang menggunakan media cocopeat/sabut kelapa

       Untuk tanaman sistem hidroponik, kami di GM Peladang lebih gemarkan penggunaan cocopeat sahaja kerana kos yang diperlukan lebih rendah berbanding menggunakan media lain seperti span. Tetapi, terdapat beberapa prosedur yang diperlukan sebelum proses semaian anak benih. 

        Pertama, cocopeat perlu dibilas dengan air paip biasa. Bilas hingga air perang yang keluar bertukar jernih. Hal ini kerana, cocopeat terdapat garam NaCl yang akan menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut serta masalah-masalah lain.


Bilas cocopeat dengan air paip biasa

        Langkah kedua, cocopeat perlu direndam ke dalam takungan air baja AB dengan bacaan 0.8-1.0. Tujuan merendam dengan air baja ini kerana cocopeat mempunyai nutrient rendah yang tidak mencukupi untuk pertumbuhan pokok. Cocopeat akan mengikat semua nutrien air baja AB dan disalurkan pada pokok. Rendam cocopeat ini selama minima 30 minit.

Rendaman cocopeat dalam air baja AB (0.8ec)

        Seterusnya, masukkan cocopeat ke dalam pot sehingga penuh dan padat. Letakkan satu ke dua biji benih ke dalam pot. Pot yang telah disemai dengan biji benih mestilah diletakkan ke dalam bekas yang berisi air supaya media tidak kering. 

Masukkan biji benih dalam pot semaian

        Akhir sekali, tutup pot semaian dengan plastik hitam atau silvershine selama satu ke dua hari. Anak pokok yang sudah keluar sekurang-kurangnya tiga daun boleh dipindahkan pada bekas hidroponik.

Ok, setakat ini sahaja penulisan kali ini ^_^

Follow laman sosial GM Peladang:

Ps: Kami bakal kongsikan ilmu dan tips yang menarik di laman sosial kami!

(1) Facebook: GM Peladang

https://www.facebook.com/gmpeladang

(2) Instagram: gmpeladangsdnbhd

https://instagram.com/gmpeladangsdnbhd?igshid=YmMyMTA2M2Y=

(3) YouTube: GMP Channel

https://youtube.com/@gmpchannel7144

(4) TikTok: Sekolah_TaniGMP

www.tiktok.com/@sekolahtani_gmp

Ulasan

Catatan Popular