Bila Waktu Sesuai Pindah Anak Pokok Sayur ?

Bilakah waktu yang sesuai untuk memindahkan anak pokok sayur ke media penanaman?

Untuk sayuran berdaun, setelah usia anak pokok sayur mencapai usia 10 hari atau mempunyai tiga helai daun, maka ia sudahpun sesuai untuk dipindahkan ke atas batas tanaman.


Anak sawi pakchoy yang berusia 10 hari.


Untuk pengetahuan, selain menggunakan sistem NFT, Apa itu sistem NFT GM Peladang juga menggunakan sistem fertigasi meja untuk menghasilkan tanaman sayur berdaun lebar seperti sawi, salad serta kailan. Kelainan pada kami, kami membina batas di atas sistem fertigasi meja. Tujuan membina batas adalah untuk mengekalkan kualiti sawi dan mengurangkan kebarangkalian akar sawi untuk terkeluar.


Membentuk batas di atas fertigasi meja.


Menggembur media bagi fertigasi meja (cocopeat).


Media yang digunakan untuk sistem tersebut hanyalah sabut (cocopeat) sahaja. Sebelum membina batas, cocopeat tersebut perlu digembur, dibasahi dan diberi kapur untuk mengurangkan kemasaman atau keasidan media. Baja tahi ayam juga ditabur pada media tanaman untuk memberi baja atau nutrien kepada pokok.

Setiap batas memuatkan enam sehingga lapan pokok sawi sahaja mengikut kelebaran meja. Pastikan tanaman sawi mempunyai jarak yang sesuai untuk memaksimumkan pertumbuhan sayur.


Sawi pak choy yang telah siap dipindahkan ke atas batas.


Selain itu, cara lain ialah menanam terus tanpa membuat batas di atas fertigasi meja. Kami menggunakan ukuran satu jengkal untuk jarak antara pokok ke pokok. Pastikan anak pokok ditanam lebih dalam sedikit kerana dibimbangi akar sawi akan terkeluar serta menjejaskan kualiti sayur. 


Menjarakkan pokok sawi sebanyak satu jengkal.


Sawi pak choy yang membesar tanpa batas


Selepas selesai pemindahan anak pokok, ia tidak perlu diberi air selama dua hari supaya akar pokok tidak mengalami kejutan ataupun "transplant shock".


3 Kelebihan memindahkan anak pokok sawi ke atas batas:

  1. Pokok sawi membesar dengan elok. 
  2. Akar tidak terkeluar daripada tanah. 
  3. Sawi tumbuh dengan kuncup.

Ulasan

Catatan Popular